BERITA MELENGKAPKAN PAGIKU...
Sebanyak
85 peratus daripada kira-kira 2,500 lulusan kejuruteraan dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mendapat pekerjaan selepas
menamatkan pengajian masing-masing setiap tahun. Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz
berkata, lepasan universiti itu sememangnya menjadi pilihan para majikan
dari dalam dan luar negara, khususnya dalam sektor
kejuruteraan.Menurutnya, sebanyak 60 peratus daripada penuntut UTM
adalah daripada jurusan kejuruteraan dan setiap tahun kira-kira 85
peratus daripada 2,500 graduan bidang tersebut berjaya memperoleh kerja
selepas menamatkan pengajian masing-masing. Justeru, kita berharap
lepasan universiti ini akan terus mengisi peluang-peluang pekerjaan
dalam bidang kejuruteraan dan memberi keutamaan untuk bekerja di dalam
negara," katanya.
No comments:
Post a Comment